# Deployment Browser — Shinjiru Shared Hosting

## Cara pasang

1. Backup semua fail production melalui File Manager.
2. Pastikan migration 002 dan 003 sudah selesai.
3. Letakkan portal dalam mod MAINTENANCE/CLOSED.
4. Upload ZIP ke folder root production, iaitu folder yang mengandungi `app`, `public`, `storage` dan `config.php`.
5. Extract ZIP dengan pilihan kandungan pakej berada terus dalam root production. Folder `_upgrade_payload`, `_upgrade-control` dan dua fail dalam `public` akan ditambah.
6. Buka `_upgrade-control/access-token.txt` melalui File Manager dan salin token. Jangan kongsi token.
7. Layari `https://lesen.kitcikgu.com/deploy_web.php`.
8. Masukkan token dan jalankan deployment sekali.
9. Simpan Backup ID serta keputusan yang dipaparkan.
10. Uji portal, download installer, test email dan aktivasi sebelum membuka portal.

Selepas berjaya, `deploy_web.php` dinamakan kepada `deploy_web.php.disabled` dan lock kekal di luar public. Padam fail `.disabled` melalui File Manager selepas ujian selesai.

## Rollback

Jika perlu, buka `https://lesen.kitcikgu.com/rollback_web.php`, masukkan token sama dan sahkan rollback. Skrip menggunakan backup terakhir secara automatik dan kemudian menyahaktifkan dirinya.

Selepas sistem stabil, padam melalui File Manager:

- `public/deploy_web.php.disabled`
- `public/rollback_web.php` atau `.disabled`
- `_upgrade_payload/`
- `_upgrade-control/access-token.txt`

Simpan folder backup dan laporan di lokasi peribadi sebelum membersihkan `_upgrade-control`.
